Friday, February 11, 2011

PANITIA BAHASA MELAYU TINGKATAN 6

MINIT MESYUARAT PERTAMA TAHUN 2011

Tarikh : 26.01.2011

Hari : Rabu

Masa : 12:50 petang

Tempat : Bilik JKDS, SMK Serian

Kehadiran :

1. En. Tony Uncho (Pengerusi)

2. En. Ismail B Drahman

3. En. Muhammad Amin

4. En. Osman B Hassan

5. Cik Zurina Binti Baharom

1. Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 En. Tony mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir serta mengucapkan terima kasih kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat.

2. P&P (Sukatan Pelajaran, RPT, RPH)

2.1 Setiap guru mestilah mempunyai Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian dalam bentuk hard copy dan soft copy (dimuatkan dalam blog masing-masing).

2.2 Rancangan Pengajaran Tahunan untuk 6 Rendah dan Atas disediakan oleh penyelaras tingkatan masing-masing.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan 6 Rendah

dan 6 Atas

2.3 Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran Tahunan akan dimuatkan dalam blog
panitia.

Tindakan: En. Ismail Drahman

3. Pembahagian Tugas

3.1 Pembahagian tugas adalah seperti yang berikut;

3.1.1 Penyelaras Tingkatan 6R : En.Osman B Hassan

3.1.2 Penyelaras Tingkatan 6A : En. Ismail B Drahman

3.1.3 Guru Pembimbing Persatuan Bahasa Melayu: En. Tony Uncho (k) dan En.
Bujang Sailit Sirat

3.2 Pembahagian kelas tingkatan 6 yang diajar.

Bil.

Guru

Kelas Diajar

1

En. Tony Uncho

6AK2, 6AK5

2

En. Bujang Saili B. Sirat

6AK1, 6RK1

3

En. Ismail B Drahman

6AK4, 6AR2

4

En. Muhammad Amin

6RK4

5

En. Osman B Hassan

6AK3, 6RK5

6

Cik Zurina Binti Baharom

6RK3

4. Ujian/Peperiksaan Sekolah

4.1 Peperiksaan perlu dijalankan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Panitia hanya mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan STPM untuk pelajar Tingkatan 6 Atas, hanya Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar 6 Rendah..

Tindakan: Semua guru

4.2 Tiga peperiksaan tersebut perluH dibuat analisis menggunakan format yang disediakan oleh Katua Panitia tahun lepas. Analisis akan dibuat oleh penyelaras tingkatan.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan

4.3 Kertas soalan mesti disemak oleh guru BM T6 yang lain dan disahkan oleh Ketua Bidang Bahasa. Kertas tersebut perlu dihantar untuk dicetak sekurang-kurangnya dua minggu daripada tarikh peperiksaan.

Tindakan: Penyedia Kertas Soalan

4.4 Ujian topikal dikendalikan dan diuruskan oleh guru sendiri. Tiada penyelerasan

masa ujian walaupun menggunakan item yang sama.

5. Pencerapan

5.1 Pencerapan akan dilakukan mengikut jadual yang akan ditetapkan oleh Ketua Bidang Bahasa. Setiap guru mesti dicerap sekurang-kurangnya sekali untuk laporan jabatan.

5.2 Guru perlu menyediakan satu salinan bercetak Persediaan Mengajar yang lengkap untuk diserahkan kepada pegawai yang mencerap.

6. Program Akademik Panitia

6.1 Bimbingan Kemahiran Mengarang

Program ini melibatkan 30 orang pelajar yang sangat lemah dalam aspek mengarang. Ujian diagnostik akan dijalankan oleh guru kelas masing-masing dalam minggu pertama selepas cuti Tahun Baru Cina untuk mengenal pasti kumpulan sasaran. Setiap guru akan membimbing 5 orang guru.

Tindakan: Ketua Panitia

6.2 Bimbingan Projek A

Melibatkan 12 orang pelajar yang berpontensi mendapat Gred A. Kumpulan pelajar ini akan dikenal pasti berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Setiap guru akan menganakangkatkan dan membimbing 2 orang pelajar.

Tindakan: En. Ismail Drahman

6.3 Bengkel Menjawab Soalan BM STPM

Program ini akan dikendalikan bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Ketua Panitia akan berhubung dengan Pn. Bong Siew Ling tentang perkara tersebut.

Tindakan:Ketua Panitia

7. Hal-hal lain

7.1 Blog panitia akan disediakan oleh En. Ismail Drahman. Semua guru diminta
member foto peribadi.

7.2 Aktiviti Bulan Bahasa akan dikendalikan oleh ahli Persatuan Bahasa Melayu
Tingkatan 6. Guru hanya perlu berperanan sebagai penasihat.

7.3 Aktiviti Bulan membaca anjuran Pusat sumber juga akan dikendalikan oleh ahli
Persatuan Bahasa melayu Tingkatan 6 dengan guru berperanan sebagai penasihat.

Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:30 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi.

Minit mesyuarat dicatat oleh Disemak oleh

………………………………… ………………………………..

(En. Muhammad Amin) (En. Tony Uncho)

Pencatat Ketua Panitia Bahasa Melayu

Tuesday, February 8, 2011

JADUAL PENYEDIAAN KERTAS SOALAN TAHUN 2011

PANITIA BAHASA MELAYU STPM

Ujian /Peperiksaan

6 Rendah

6Atas

Ujian Bulanan 1

Tiada

Tiada

Peperiksaan 1

Tiada

En. Osman Hassan (K1)

En. Tony Uncho (K2)

Ujian Bulanan 2

Tiada

Tiada

Peperiksaan Trial

Tiada

KP & Penyelaras Tingkatan 6 Atas (En. Ismail)

Peperiksaan Akhir

Tahun

En. Muhd. Amin (K1)

Cik Zurina Baharom(K2)

Ujian Topikal

Masing-masing

Masing-masing

Ujian Topikal

Masing-masing

Masing-masing

Monday, February 7, 2011

SINTAKSIS

m/s 162-163

FRASA NAMA (kata nama)

§ Terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.

Subjek Frasa Nama

Predikat Frasa Nama

§ Bapa

§ Bapa budak itu

§ Bapa budak itu

§ Kelang

§ Bandar kelang

guru

guru

guru aekolah agama

bandar diraja

bandar diraja

Subjek

Predikat Frasa Kerja

Kata Kerja

Objek

§ Orang itu

§ Mereka semua

§ Kanak-kanak itu

§ Para siswazah

§ Kedamaian

§ Tanah air

§ Cahaya matahari

memanggil

melambaikan

menaiki

memohon

memerlukan

meminta

menyinari

saya.

tangan.

bas sekolah.

jawatan itu.

kekuatan pertahanan.

pergorbanan anak watan.

alam semesta.

Subjek

Predikat Frasa Sendi Nama

Sendi Nama

Frasa Nama

§ Mereka

§ Hadiah itu

§ Lukisan tersebut

§ Tabung simpanan itu

§ Kereta itu

§ ketuanya

di

daripada

oleh

untuk

ke

dari

Kuala Lumpur.

Ahmad.

Syed Jamal.

masjid.

Kuala Lumpur.

pintu besar.

Subjek

Predikat

Frasa Kerja

Frasa Keterangan

Sendi Nama

Frasa Nama

§ Mereka

§ Pena itu

§ Semua makhluk

§ Penumpangpenumpang

§ Pembenagunan ekonomi

§ Umat Islam

§ Dia

§ Seutas rantai

bekerja

ada

bergantung

meletakkan beg mereka

memerlukan sumbangan

berpegang

memotong buah itu

terlilit

di

pada

pada

di

daripada

pada

dengan

di

bandar.

saya.

Tuhan.

dalam bas itu.

semua rakyat.

takdir ilahi

pisau.

lehernya.

FRASA KATA ADJEKTIF

m/s:184-187

§ Sebagai inti dan boleh disertai oleh kata bantu dan kata penguat yang hadir sebagai keterangan atau penerang kata adjektif

Frasa Adjektif sebagai Predikat

Subjek

Predikat

Hujan

amat lebat

Subjek (Frasa Nama)

Predikat (Frasa Adjektif)

§ Adiknya

§ Markahnya

§ Orang muda itu

§ Perangainya

§ Anaknya

§ Warna bajunya

§ Perusahaan itu

§ Suara penyanyi itu

§ Malam ini

§ sekolahnya

sangat pandai.

tinggi.

baik sungguh

tentu baik.

masih kecil lagi.

kehijau-hijauan

paling besar sekali.

merdu.

gelap benar

Jauh dari sini

Frasa Adjektif sebagai Keterangan

Subjek

Predikat

Hamid

Berjalan (FK) pantas (keterangan FA)

Subjek

Predikat

Frasa Kerja

Keterangan (FA)

§ Dia

§ Mereka

§ Kanak-kanak itu

§ Jirannya

§ Jalan itu

berjalan

pulang

tidur

datang

menurun

sangat cepat.

segera.

sungguh nyenyak.

terlalu kerap.

amat curam.

Frasa Adjektif sebagai Penerang Frasa Nama

Subjek

Predikat

Dia

Pelajar (FN) pintar (penerang FA)

Subjek

Predikat

Frasa Nama

Penerang

§ Dia

§ Hariamau

§ Pak Abu

§ Asam pedas

§ Bas ekspress

budak

binatang

orang

masakan

kenderaan

pandai

liar.

kaya.

asli.

cepat.

Binaan Frasa Adjektif

Subjek

Predikat

Kata Bantu

Kata Penguat

Kata Adjektif

Keterangan/Penerang

Dia

amat

pantas

Markah kawan-kawanya

tidak

setinggi

markah Hamid

Mereka

sudah

agak

matang

fikirannya

FRASA SENDI NAMA

m/s; 194-196

§ Binaan terdiri daripada satu kata sendi nam dan satu frasa nama.

Binaan Frasa Sendi Nama

1. Contoh: Banyak makanan tambahan (frasa nama) di (kata sendi nama) pasaran Asia. (frasa nama)

subjek

predikat

Banyak makanan tambahan

di pasaran Asia

Frasa Nama + Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Frasa Sendi Nama

Frasa Sendi Nama

Frasa Nama

di

ke

dari

daripada

kepada

pada

untuk

dengan

sejak

tentang

sampai

bagi

jambatan

sekolah rendah

Pahang

kapas

ibu Fatimah

waktu itu

pelajar-pelajar baru

kebijaksanaannya

zaman dahulu

negara maju

subuh

kanak-kanak cacat

2. Contoh: Makanan tambahan (frasa nama) dari (kata sendi nama) timur (kata nama arah) Asia

(frasa nama) dijual dengan pelbagai jenama yang menarik

subjek

predikat

Makanan tambahan dari timur Asia

dijual dengan pelbagai jenama yang menarik

Frasa Nama + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

Kata Nama Arah

Frasa Nama

§ di

di

§ ke

ke

§ dari

dari

§ dengan

dengan

§ untuk

untuk

belakang

-

dalam

-

dalam

-

belakang

-

dalam

-

rumah

rumah

bilik gelap

bilik gelap

hatinya

hatinya

parang

parang

negeri

negeri

Contoh: Perdana Menteri (frasa nama) telah membuat pengumuman (frasa kerja) pada (kata sendi nama) bualan Februari (frasa nama)

subjek

Predikat

Perdana Menteri

telah membuat pengumuman pada bualan Februari

Frasa Nama + Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) +Frasa Nama + (Frasa Keterangan)

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

keterangan

Kata Nama Arah

Frasa Nama

§ ke

ke

ke

ke

§ dari

dari

dari

dari

§ di

di

di

di

utara

utara

-

-

selatan

selatan
-

-

atas

atas

-

-

negeri Jepun

-

-

-

Johor

-

-

-

pengkuan ibunya

-

-

-

pada tahun lalu

-

-

-

dengan bapana

-

-

-

setiap waktu

-

-

-

STRUKTUR BINAAN AYAT

m/s 207-209

Ayat

Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar untuk memandu pesawat di awam biru.

§ Ayat terbina daripa klausa, frasa dan perkataan.

§ Ayat juga mesti mengandungi sekurang-kurangnya.

§ Ayat juga dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah

Klausa

§ Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran

§ (sesuatu) tidak gentar

§ (sesuatu) memandu pesawat

§ Klausa terbina daripada gabungan frasa dan perkataan

§ Klausa mesti mengandungi satu subjek dan satu predikat

§ Klausa tidak semestinya di mulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah

Frasa

§ Kerjaya ini

§ menuntut seseorang itu

§ berdepan dengan cabaran

§ memandu pesawat

§ Frasa terdiri daripada perkataan atau lebih

§ Frasa akan menjadi sama ada subjek atau predikat dalam sesuatu ayat

Perkataan

§ Kerjaya

§ ini

§ menuntut

§ se

§ orang

§ itu

§ berdepan

§ dengan

§ cabaran

§ dan

§ tidak

§ gentar

§ untuk

§ memandu

§ pesawat

§ di

§ awam

§ biru

§ perkataanterdiri daripada satu kat ayang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri dalam ayat

§ perkataan juga berpotensi untuk menjadi frasa apabila bergabung dengan perkataan yang lain dalam ayat.

PERIHAL AYAT

m/s 215-217

AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

AYAT DASAR

§ Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa

Contoh: Azli (FN- subjek) jurutera (FN-predikat)

POLA AYAT DASAR

Pola Ayat

Subjek

Predikat

Ayat Dasar (FN + FN)

Ayat Terbitan (FN + FN)

Azli (FN)

Azli (FN)

jurutera. (FN)

ialah jurutera di syarikat telekomunikasi di Lembah Silikon, Cyberjaya. (FN)

Ayat Dasar (FN + FK)

Ayat Terbitan (FN + FK)

Dia (FN)

Dia (FN)

bertugas (FK)

bertugas di syarikat itu sebaik sahaja lulus dari Universiti Multimedia Malaysia.(FK)

Ayat Dasar (FN + FA)

Ayat Terbitan (FN + FA)

Dia (FN)

Dia (FN)

rajin (FA)

rajin dan jujurdalam menjelaskan tugas dan telah dianugerahkan sijil perkhidmatan cemerlang pada tahun lalu. (FA)

Ayat Dasar (FN + FS)

Ayat Terbitan (FN + FS)

Dia (FN)

Dia (FN)

ke luar negara.(FS)

ke luar negara untuk mendapatkan latihan dalam bidang yang berkenaan. (FS)

AYAT AKTIF – Kata Kerja yang meneriman imbuhan meN-, meN…-i, meN….-kan

Contoh:

§ Sesuatu pekerjaan dalam bidang ini memerlukan penglibatan kepakaran yang khusus.

§ Pekerja data alan menggunakan data yang ada

§ Negara kita telah mendahului kebanyakkan negara lain dalam bidang teknologi.

§ Sayrikat itu telah menggondol dua hadiah dalam pertandingan reka cipta produk baru pada tahun ini.

AYAT PASIF – Kata Kerja yang menerima imbuhan di-, di…-I, di-…-kan, ter-.., ber.., ke…-an

Contoh:

§ Kerjaya pada alaf baru ini boleh dibahagikan kepada empat bidang utama

§ Seseorang itu dituntut oleh kerjaya ini supaya tidak gentar dalam menghadpi cabaran.

§ Dokumen itu bercetak dan tidak bertulis tangan.

§ Menara berkembar Petronas jelas kelihatan apabila seseorang iru menghampiri Bandaraya Kuala Lumput.

PERIHAL AYAT

m/s: 239 - 231

BINAAN SUBJEK BAGI AYAT TUNGGAL

  1. Subjek Kata Nama
  2. Subjek Kata Ganti Nama
  3. Subjek Kata Kerja
  4. Subjek Kata Adjektif

1. Subjek Kata Nama (kata nama am, kata nama khas, kata nama terbitan)

Subjek (Nama Am)

Predikat

§ Rumah itu

§ Projek tersebut

§ Abangnya

§ Mempelam itu

§ Jentik-jentik itu

§ Sungai ini

§ Rumah itu

terletak di Alor Setar.

dikendalikan oleh pemaju tempatan.

juruterbang.

untuk ibu.

akan menjadi nyamuk.

sangat dalam.

Terbakar.

Subjek (Nama Khas)

Predikat

§ Rumah Tok Su

§ Kampung Warisan Melayu

§ Osman

§ Perdana Menteri Malaysia

§ Si Tompok

§ Bukit Fraser

§ “Negaraku”

di bina di hadapan Darul Aman.

telah dijadikan sebagai Pusat Kesenian dan Kraf tangan.

penyanyi terkenal.

telah melawat Eropah.

mencakar dinding.

di negeri pahang.

lagu kebangsaan kita.

Subjek (Nama terbitan)

Predikat

§ Pembinaan bangunan tersebut

§ Pemuliharaan rumah itu

§ Kesilapan itu

§ Masakan ini

§ Kenangan

§ Pertunjukkan itu

§ pukulannya

menelan belanja yang agak besar.

telah dijalankan setahun yang lalu.

satu pengajaran.

enak sekali.

mengusik jiwa.

berakhir esok

sungguh kuat.

2. Subjek Kata Ganti Nama (kata ganti nama orang, kata ganti nama tunjuk)

Subjek (Kata Ganti Nama Orang)

Predikat

§ Saya

§ Kami

§ Awak

§ Dia

§ Beliau

guru.

pelajar Tingkatan Enam.

boleh tinggal di sini.

berternak ayam.

akan berangkat ke Mekah.

Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk)

Predikat

§ Ini

§ itu

bangunan yang telah di baik pulih.

projek besar syarikat kami.

3. Subjek Kata Kerja

Subjek

Predikat

§ mengecat

§ berbincang

§ melapor

merupakan kerja utamanya.

ialah salah satu amalan yang baik.

menjadi tugasnya setiap hari.

4. Subjek Kata Adjektif

Subjek (Kata Adjektif )

Predikat

§ cantik

§ sabar

§ merah jambu

merupakan satu anugerah Tuhan.

sifat yang perlu ada pada setiap usahawan.

warna pilihan kebanyakkan juruhias dalaman bangunan.

BINAAN PREDIKAT BAGI AYAT TUNGGAL

  1. Predikat Frasa Nama
  2. Predikat Frasa kerja
  3. Predikat Frasa adjektif
  4. Predikat Frasa Sendi Nama

Predikat Frasa Nama

Contoh :

Subjek

Predikat

§ Menara Berkembar Petrones

§ Rumah Tradisional itu

§ Bangunan sejarah itu

bangunan pencakar langit Negara kita.

rumah Tok Su.

warisan kita.

Subjek

Predikat (kata nama khas)

§ Beliau

§ Bangunan itu

§ Universiti itu

Pengarah pendidikan Negeri.

Muzium Negara.

Universiti Malaya.

Subjek

Predikat (kata nama am)

§ Ahmad

§ Budak itu

§ Bapa Ismail

§ Binatang itu

guru.

murid saya.

kerani.

harimau.

Subjek

Predikat (kata nama terbitan)

§ Tindakan itu

§ Ceritanya

§ Tegurannya

suatu penganiayaan.

hanya alasan

suatu pengajaran.

Predikat Frasa kerja

Subjek

Predikat (Frasa Kerja)

§ Pekerja syarikat kami

§ Encik Harun

§ Guru

pulang lewat setiap hari

telah memperindah rumah kampungnya.

menjalankan tugas dengan rajin.

Predikat Frasa Adjektif

Subjek

Predikat (Frasa Kerja)

§ Menara Kuala Lumpur itu

§ Arkitek Masjid Putrajaya

§ Ibu pejabat firma itu

amat tinggi.

sangat kreatif.

Besar.

Predikat Frasa Sendi Nama

Subjek

Predikat (Frasa Sendi Nama)

§ Rumah Tok Su

§ Pemberian hadiah khidmat cemerlang itu

§ Hadiah ini

di Alor Setar.

daripada majikanya.

untuk ayah.

PERIHAL AYAT

m/s: 236

AYAT MAJMUK

1. Ayat Majmuk Gabungan

2. Ayat Majmuk Pancangan

3. Ayat Majmuk Campuran

Ayat Majmuk Gabungan

§ Kata hubung (dan, yang, untuk, tetapi, atau, lalu, serta malahan, sambil, kemudian, manakala)

Contoh:

Ayat 1: Rumah bagi masyarakat Melayu merupakan satu keperluan asas.

Ayat 2: Rumah bagi masyarakat Malayu merupakan binaan warisan sejak turun-temurun.

Kata Hubung: dan

§ Rumah bagi masyarakat Melayu merupakan satu keperluan asas dan rumah bagi masyarakat Malayu

§ merupakan binaan warisan sejak turun-temurun

Contoh;

Ayat 1: Rumah Salim berbentuk tradisional.

Ayat 2: Rumah Kupusamy adalah daripada jenis moden

Kata Hubung; manakala

§ Rumah Salim berbentuk tradisional manakala rumah Salim berbentuk tradisional

Ayat Majmuk Pancangan

m/s:237

§ Kata hubung (dan, yang, untuk, tetapi, atau, lalu, serta malahan, sambil, kemudian, manakala)

Contoh:

§ Saya berminat untuk membina sebuah rumah yang berbentuk tradisional.

a) Saya berminat.

b) Saya membina sebuah rumah.

c) Rumah berbentuk tradisional.

§ Saya membeli baju yang berwarna merah.

a) Saya membeli baju.

b) Baju itu berwarna merah.

Ayat Majmuk Campuran

- ayat majmuk yang terdiri lebih daripada satu jenis ayat

Contoh:

§ Seni bina Melayu yang sangat tinggi nilainya merupakan warisan sejak turun-temurun tetapi genarasi muda

§ pada hari ini tidak menghayati nilai-nilai estetikanya.

a) Seni bina Melayu yang sangat tinggi nilainya merupakan warisan sejak turun-temurun. (ayat majmuk pancangan)

b) Seni bina Melayu merupakan warisan pada hari ini tetapi genarasi muda pada hari ini tidak

c) menghayati nilai-nilai estetikanya.(ayat majmuk gabungan)

§ Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

a) Ahmad sedang membaca buku.

b) Kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

PROSES PENGGUGURAN

Frasa Subjek

m/s 254

contoh:

Sektor pelancongan terdiri daripada pasaran domestik dan pasaran antarabangsa.

Sektor pelancongan menjadi penyumbang terpenting kepada pendapatan.


Proses penguguran frasa subjek (sektor pelancongan)

= Sektor pelancongan terdiri daripada pasaran domestik dan pasaran antarabangsa dan menjadi

penyumbang terpenting kepada pendapatan negara.

Pelancong dari negara Jepun bertolak ke Pasir Gudang.

Pelancong dari negara Jepun menyaksikan Pesta Wau Antarabangsa.

= Pelancong dari negara Jepun bertolak ke Pasir Gudang, Johor untuk menyaksikan Pesta Wau

Antarabangsa.

Frasa Fredikat

M/s 255:

Contoh;

Puan Manjeet meneliti peta pelancongan Malaysia.

Cikgu Asmah maneliti peta pelanconagn Malaysia.

Proses penguguran frasa predikat

(meneliti peta pelancongan Malaysia )

= Puan Manjeet dan Cikgu Asmah meneliti peta pelancongan Malaysia.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA

Frasa Nama Subjek

m/s 264

contoh:

Abang melukis peta pelancongan itu.

= Peta pelancongan itu dilukis oleh abang.

Frasa Nama Objek

Contoh:

Ayah menghadiahi saya sebuah basikal.

=Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada saya.

Ayat Songsang

Contoh:

Pelancong itu pergi ke Muzium Negara.

= Ke Muzium Negara pelancong itu pergi.

Contoh lain:

Orang tua itu pergi ke sungai.

= Ke sungai orang tua itu pergi.

Dia akan membeli rumah itu kalau mendapat pinjaman daripada kerajaan.

= Kalau mendapat pinjaman daripada kerajaan dia akan membeli rumah itu.

PROSES PELUASAN

Subjek

m/s 265:

Muzium Sarawak (bahagian subjek telah diluaskan) tersergam indah.

Muzium itu terletak di Jalan Tun Haji Abang Openg.

= Muzium Sarawak yang terletak di Jalan Tun Haji Abang Openg tersergam indah.

Sarawak ialah pengeksport lada terbesar di Malaysia.

Ladang sulahnya boleh dilihat di sepanjang jalan.

= Sarawak yang ladang sulahnya boleh dilihat di sepanjang jalan ialah pengeksport lada terbesar di Malaysia.

Predikat

§ Peluasan predikat melibatkan pengembangan penggunaan perkataan pada bahagian predikat.

Contoh:

Mereka menaiki kereta itu.

Ali membeli kereta itu.

= Mereka menaiki kereta yang Ali membeli kereta itu.

m/s 265-266:

Pelancong dari Eropah itu membeli cenderamata. (bahagian predikat telah diluaskan)

Cenderamata itu mahal harganya.

= Pelancong dari Eropah itu membeli cenderamata yang mahal harganya.

Pelawat menginap di hotel itu. (bahagian predikat telah diluaskan)

Hotel itu terletak di Jalan tun Abdul Rahman.

= Pelawat menginap di hotel itu yang terletak di Jalan tun Abdul Rahman.

Kata Hubung

§ Proses penggabungan ayat menggunakan ‘Kata Hubung’. =(dan, yang, untuk, tetapi, atau, lalu, serta malahan, sambil, kemudian, manakala) tertentu.

Contoh:

Ali pergi ke sekolah.

Osman pergi ke sekolah.

= Ali dan Osman pergi ke sekolah.

Fatimah hendak ke Bandar.

Lucy tidak mahu pergi ke Bandar.

= Fatimah hendak ke Bandar tetapi Lucy tidak mahu pergi.

Hari hujan.

Permainan dijalankan juga

=walaupun hari hujan, permainan dijalankan juga.

m/s 266:

Emak ke pasar untuk membeli ikan.

Emak ke pasr untuk membeli daging.

= Emak ke pasar untuk membeli ikan dan daging.

Dia miskin.

Hatinya jujur.

= Dia miskin tetapi hatinya jujur.

Proses Komplementasi

Melibatkan penggunaan perkataan bahawa, agar, supaya.

Contoh:

Dia melaporkan (sesuatu)

Ali sakit tenat.

= Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

‘Bahawa’ = Proses Komplementasi

Guru kami menjelaskan (sesuatu)

Murid-murid rajin belaka.

= Guru kami menjelaskan bahawa murid-murid rajin belaka

m/s 266:

Doktor melaporkan (sesuatu).

Pesakit itu telah pulih

= Doktor melaporkan bahawa pesakit itu telah pulih

kerani itu menjelaskan (sesuatu).

Pejabat akan ditutup.

= kerani itu menjelaskan bahawa pejabat akan ditutup