Friday, February 11, 2011

PANITIA BAHASA MELAYU TINGKATAN 6

MINIT MESYUARAT PERTAMA TAHUN 2011

Tarikh : 26.01.2011

Hari : Rabu

Masa : 12:50 petang

Tempat : Bilik JKDS, SMK Serian

Kehadiran :

1. En. Tony Uncho (Pengerusi)

2. En. Ismail B Drahman

3. En. Muhammad Amin

4. En. Osman B Hassan

5. Cik Zurina Binti Baharom

1. Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 En. Tony mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir serta mengucapkan terima kasih kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat.

2. P&P (Sukatan Pelajaran, RPT, RPH)

2.1 Setiap guru mestilah mempunyai Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian dalam bentuk hard copy dan soft copy (dimuatkan dalam blog masing-masing).

2.2 Rancangan Pengajaran Tahunan untuk 6 Rendah dan Atas disediakan oleh penyelaras tingkatan masing-masing.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan 6 Rendah

dan 6 Atas

2.3 Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran Tahunan akan dimuatkan dalam blog
panitia.

Tindakan: En. Ismail Drahman

3. Pembahagian Tugas

3.1 Pembahagian tugas adalah seperti yang berikut;

3.1.1 Penyelaras Tingkatan 6R : En.Osman B Hassan

3.1.2 Penyelaras Tingkatan 6A : En. Ismail B Drahman

3.1.3 Guru Pembimbing Persatuan Bahasa Melayu: En. Tony Uncho (k) dan En.
Bujang Sailit Sirat

3.2 Pembahagian kelas tingkatan 6 yang diajar.

Bil.

Guru

Kelas Diajar

1

En. Tony Uncho

6AK2, 6AK5

2

En. Bujang Saili B. Sirat

6AK1, 6RK1

3

En. Ismail B Drahman

6AK4, 6AR2

4

En. Muhammad Amin

6RK4

5

En. Osman B Hassan

6AK3, 6RK5

6

Cik Zurina Binti Baharom

6RK3

4. Ujian/Peperiksaan Sekolah

4.1 Peperiksaan perlu dijalankan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Panitia hanya mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan STPM untuk pelajar Tingkatan 6 Atas, hanya Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar 6 Rendah..

Tindakan: Semua guru

4.2 Tiga peperiksaan tersebut perluH dibuat analisis menggunakan format yang disediakan oleh Katua Panitia tahun lepas. Analisis akan dibuat oleh penyelaras tingkatan.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan

4.3 Kertas soalan mesti disemak oleh guru BM T6 yang lain dan disahkan oleh Ketua Bidang Bahasa. Kertas tersebut perlu dihantar untuk dicetak sekurang-kurangnya dua minggu daripada tarikh peperiksaan.

Tindakan: Penyedia Kertas Soalan

4.4 Ujian topikal dikendalikan dan diuruskan oleh guru sendiri. Tiada penyelerasan

masa ujian walaupun menggunakan item yang sama.

5. Pencerapan

5.1 Pencerapan akan dilakukan mengikut jadual yang akan ditetapkan oleh Ketua Bidang Bahasa. Setiap guru mesti dicerap sekurang-kurangnya sekali untuk laporan jabatan.

5.2 Guru perlu menyediakan satu salinan bercetak Persediaan Mengajar yang lengkap untuk diserahkan kepada pegawai yang mencerap.

6. Program Akademik Panitia

6.1 Bimbingan Kemahiran Mengarang

Program ini melibatkan 30 orang pelajar yang sangat lemah dalam aspek mengarang. Ujian diagnostik akan dijalankan oleh guru kelas masing-masing dalam minggu pertama selepas cuti Tahun Baru Cina untuk mengenal pasti kumpulan sasaran. Setiap guru akan membimbing 5 orang guru.

Tindakan: Ketua Panitia

6.2 Bimbingan Projek A

Melibatkan 12 orang pelajar yang berpontensi mendapat Gred A. Kumpulan pelajar ini akan dikenal pasti berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Setiap guru akan menganakangkatkan dan membimbing 2 orang pelajar.

Tindakan: En. Ismail Drahman

6.3 Bengkel Menjawab Soalan BM STPM

Program ini akan dikendalikan bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Ketua Panitia akan berhubung dengan Pn. Bong Siew Ling tentang perkara tersebut.

Tindakan:Ketua Panitia

7. Hal-hal lain

7.1 Blog panitia akan disediakan oleh En. Ismail Drahman. Semua guru diminta
member foto peribadi.

7.2 Aktiviti Bulan Bahasa akan dikendalikan oleh ahli Persatuan Bahasa Melayu
Tingkatan 6. Guru hanya perlu berperanan sebagai penasihat.

7.3 Aktiviti Bulan membaca anjuran Pusat sumber juga akan dikendalikan oleh ahli
Persatuan Bahasa melayu Tingkatan 6 dengan guru berperanan sebagai penasihat.

Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:30 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi.

Minit mesyuarat dicatat oleh Disemak oleh

………………………………… ………………………………..

(En. Muhammad Amin) (En. Tony Uncho)

Pencatat Ketua Panitia Bahasa Melayu

No comments:

Post a Comment